Rabu, 22 Julai 2009

MaSaLaH GuRu KaUnSeLiNG..

Penyelidik UPSI hasilkan Prodigy bantu kaunselor tingkat kemahiran, jalan tugas lebih berkesan.
BEBAN tugas banyak, kurang mahir menjalankan program serta tidak mempunyai bahan atau maklumat bagi mengendalikan perkhidmatan adalah antara masalah dihadapi guru bimbingan dan kaunseling melaksanakan tanggungjawab mereka. Justeru, sekumpulan penyelidik Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diketuai Ab Aziz Mohd Yatim menghasilkan modul perisian interaktif bersepadu bimbingan dan kaunseling, Prodigy, bagi merungkai segala permasalahan itu.
Ab Aziz berkata, perisian itu dibangunkan bagi membantu kaunselor melengkapkan diri dengan kemahiran berkaitan supaya dapat menjalankan tugas lebih cekap dan berkesan. Menerusi dua kandungan utamanya, iaitu pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta modul latihan kursus, beliau berkata: “Pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mengandungi penyediaan kertas kerja program, analisis, penerbitan buletin, carta Gantt, soal selidik program, perancangan program, e-kaunseling, jadual, laporan, penyediaan sijil, buku program dan borang berkaitan.
“Kandungan modul latihan kursus pula membabitkan ice-breaking, energizer, kemahiran belajar lima domain, motivasi tenaga bawah sedar (subconscious), kemahiran komunikasi P, A, C, (parents, adult, child). “Selain itu, pengendalian disiplin alternatif, kasih sayang tanpa syarat (Agape Love), kepemimpinan, kerjaya, personaliti, bina pasukan (team building), relaksasi, kembarun, penghasilan video serta modul pemikiran kreatif.”
Menggunakan modul pengurusan perkhidmatan, beliau berkata, masalah penulisan laporan, kertas kerja, sesi kaunseling dan perancangan bulanan dapat dilakukan lebih sempurna kerana proses dokumentasinya boleh disiapkan dalam tempoh singkat. Ab Aziz berkata, ketidakupayaan guru bimbingan dan kaunseling menjalankan kursus atau program pula dapat diatasi menerusi modul latihan kursus yang membolehkan mereka melihat kaedah pengendalian modul tertentu melalui VCD dibekalkan.

“Dengan memiliki modul ini, kaunselor akan dapat mengendalikan kursus mengikut kepelbagaian keadaan pelajar seperti nakal, cemerlang, kepemimpinan, lemah pelajaran, kursus bina pasukan, keibubapaan dan kemahiran belajar tanpa pergantungan tinggi terhadap perkhidmatan perunding motivasi luar,” katanya. Mengenai pendekatan modul itu, beliau berkata, ia lebih mesra pelajar seperti Ice Breaking mengandungi permainan kreatif menggalakkan pelajar menonjolkan potensi dan aspek positif dalam diri seperti rasa hormat kepada rakan, toleransi dan persaingan sihat.
Modul kemahiran belajar lima domain pula, katanya, antara lain membimbing pelajar menggunakan konsep sinergi dan kreativiti untuk merangsang otak kanan bekerja supaya dapat belajar dengan berkesan serta mengingati kandungan pembelajaran dengan lebih mudah. Beliau berkata, pemupukan kasih sayang dalam komuniti pula diwujudkan menerusi modul Agape Love yang menggalakkan peserta mengamalkan sikap positif itu tanpa mengira agama, bangsa dan kaum sejajar semangat Satu Malaysia.
“Selain kegunaan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah, Prodigy juga boleh dimanfaat kaunselor pelajar institusi pengajian tinggi serta pengendali program latihan bagi membangun potensi diri golongan sasaran,” katanya. Prodigy mendapat beberapa pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, antaranya pingat perak pada Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi (Itex 2009), Anugerah Inovasi UPSI 2005, selain turut didedahkan pada Pameran Antarabangsa Reka Cipta, Produk dan Teknik Baru 2006 di Geneva, Switzerland.

INFO: 10 teras Modul
1) Modul Ice Breaking- Permainan kreatif menggalakkan pelajar menonjolkan potensi dan aspek positif mereka.
2) Modul Kemahiran Belajar Lima Domain- Gaya pembelajaran membabitkan lima domain, iaitu audio, visual, kognitif, afektif dan psikomotor.
3) Modul Agape Love (Kasih Sayang Tanpa Syarat)- Perkongsian cerita dan pengalaman bersama peserta bagi mewujudkan suasana kasih sayang dalam komuniti.
4) Modul Subconscious (Tenaga Bawah Sedar)- Perkongsian cerita dan pengalaman bagi menimbulkan kesedaran peserta mengenai kekuatan dalaman untuk dimanfaat bagi meningkat pencapaian akademik ke tahap cemerlang.
5) Modul Kembarun- Aktiviti luar yang menguji tahap kekuatan sesebuah kumpulan bagi menyedarkan peserta bahawa dalam mengharungi kehidupan mesti ada halangan dan cabaran serta setiap kejayaan ditempa mesti menempuh kesusahan.
6) Modul Komunikasi- Ceramah mengenai kemahiran komunikasi melalui pendekatan komunikasi Transaksional dipelopori Erick Berne, iaitu parent, adult dan child (PAC).
7) Modul Personaliti- Peserta didedahkan ciri personaliti diri melalui ujian personaliti bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka.
8) Modul Inteam- Menguji kekuatan sesuatu kumpulan dalam mengharungi permasalahan organisasi bagi memberi kesedaran pentingnya kerja berpasukan, selain meningkatkan semangat kekitaan dan kerjasama.
9) Modul Kerjaya- Ujian Inventori dibekalkan kepada peserta bagi mengenali diri dan potensi diri melalui enam jenis personaliti dan persekitaran kerja.
10) Modul Relaksasi- Ceramah pengurusan tekanan bagi membolehkan peserta menghadapi dan mengendali tekanan terutama pada saat genting seperti peperiksaan atau mengalami masalah peribadi.
sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Pendidikan/20090723074501/Article/index_html

BeNUa aSiA GeLaP...

PERINGKAT pergerakan gerhana matahari dilihat di Guwahati, Assam, India semalam.



Berjuta penduduk diselubungi ketakutan, sembunyi dalam rumah TAREGNA (INDIA): Gerhana matahari paling lama pada abad ke-21 semalam menyebabkan sebahagian besar benua Asia bertukar gelap gelita selepas fajar ketika berjuta penduduk keluar untuk menyaksikan fenomena sekali seumur hidup itu. Seorang wanita terbunuh dalam satu kejadian rempuhan di sungai Ganges di India, di mana penganut Hindu berkumpul untuk menyaksikan fenomena itu.




Berjuta yang lain, diselubungi ketakutan, menyembunyikan diri mereka di dalam rumah.


Awan tebal yang menyelubungi India mengaburi matahari ketika gerhana bermula selepas waktu fajar. Namun beberapa minit kemudian awan beredar dan beberapa bandar di India dapat menyaksikan gerhana penuh yang berlaku jam 6.24 pagi waktu tempatan, sebelum bergerak ke Nepal, Myanmar, Bangladesh, Bhutan dan China. Gerhana berlaku apabila bulan bergerak di antara matahari dan bumi, melindungi sang suria sebahagian atau sepenuhnya sehingga menyebabkan kegelapan di bumi.




Fenomena gerhana penuh walaupun bukan sesuatu yang jarang berlaku, namun kejadian semalam dijangka adalah paling lama dalam abad ini iaitu sehingga enam minit 39 saat. Di Beijing yang dijangka dapat melihat gerhana sepenuhnya, kabus tebal berwarna kelabu pada pagi mengecewakan penduduk yang bangun pagi untuk menyaksikan fenomena berkenaan.








KEADAAN di Shanghai sebelum (atas) dan selepas gerhana penuh.

Katanya kereta di bandar itu memerlukan lampu ketika "siang bertukar malam secara tiba-tiba." Orang ramai berpelukan antara satu sama lain dan sesetengahnya meniup wisel apabila gerhana bermula, katanya. Gerhana penuh matahari semalam hanya dapat dilihat di Asia dan adalah fenomena paling lama sejak 11 Julai 1991, apabila gerhana penuh berlaku selama enam minit 53 saat dapat dilihat dari Hawaii ke Amerika Selatan. Tiada lagi gerhana penuh yang lama berbanding semalam sehingga 2132. – AP

Selasa, 14 Julai 2009

Khamis, 18 Jun 2009

OkEY.. aKu KeMBaLi LaGi...

salam untuk semua.. hmm, dah lama aku xtulis dalam blog nie.. maklum la.. dah sampai tahap genting n bz skit skang nie.. slasa aritu, aku baru d selia oleh PLA aku.. hmm.. takut gak pada mulanya.. tp pastu ok ja.. aku pun xtau pa yg jd ngn dr aku time tue, sama ada aku jd hipokrit ataupun aku jd profesional.. huhuh... lantak la, yg pnting, suma nya slamat.. sgala2nya lgkap wat masa skang. blum da yg kna komen ygt panaz2.. alhamdulillah.. arini PLA aku bertolak g wat Umrah.. so, aku doakan beliau salamt pergi n pulang.. n aku turut mendoakan, agar terbuka pintu hati beliau untuk kurniakan kami yg dibawah seliaan beliau diberikan gred A dlm praktikal nie.. bukan pa, senior2 sblum ni pun xda sapa pun yg dapat A.. takut aku dgr.. paling tggi pun B+.. hope beliau terbuka pintu hati untuk bg pluang kat kami pcah rekod untuk dapat kan A di bawah seliaan beliau. insya allah..
hmm.. dah sebulan lbih aku wat praktikal n mrasa hidup dlm pnjara. pahait manis suka duka aku dah rasa dlm nie. da sbln lbih lg untuk aku tamatkan title aku as a stdnt.. hope sumanya ok.. pa yg aku nak kongsi, da gak dalam kalangan klien aku nie yg dah bebas dlm 2 mggu nie. tp pa yg blaku sblum depa dbebaskan, depa jd susah hati n gelisah len macam ja. so, akupun ngn tanpa rasa segan silu n tebalkan muka, korek la cita sbnarnya drpd depa yg tampah resah gelisah..
hmm, jwpn yg aku dapat, depa lbih suka dok dlm pnjara drpd bebas d luar sana?? why??? ni jwpn yg depa bg:
  1. kat luar sana bnyak dugaan, t takut terlibat ngn jenayah lg.
  2. kat pnjara xpayah pk truk2. makan free, tmpat tdo free. tp kalo d luar sana, sumanya perlukan duet. n ni jd sebab utama depa takut terjebak ngn jenayah smula if alami kesempitan wang.
  3. n yg pling aku sedih bila dgr, da dr kalangan depa ni dah kna reject ngn famili sndr.. kesian kan.. cuba bayangkan kalo kita yg kna reject ngn famili sndr? pa yg kita rasa? pk pk kan, slamat beramal k.. bila dah kna reject, self-cnfdnt mula hilang n hidup rasa xbeerti lg. coz bg depa, famili la tmpat depa dapatkan smula smangat n try untuk berhadapan ngn psepsi masyarakat.. so, bila dahj jadi camni, musnahlah sgalanya.. btol x???

hmmm.. aku cedey gak bila dgr depa crita cam tue.. kalo kita, mesti la hepy bila dah bleh kuar dr pnjara, tp depa plak sebaliknya. macam pelik, tp ni benar.. da yg xlalu makan, murung ja, n dah hilang sgala mood.. kesian kan.. papapun, aku doakan depa berjaya d luar sana. n aku hope depa xkan terjebak lg dalam kancah jenayah.. amin..

p/s : ni bukan maklumat dlm sesi kaunseling k, ni time aku cakap kosong2 ja ngn depa. so, bleh la aku kongsi. kalo perbualan dlm sesi kaunseling, insya allah, ia masih dalam poket kerahsiaan.

Isnin, 1 Jun 2009

MeNgAPa BeRcInTa???

Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.
Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).
Mengapa bercinta?
Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'. Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..
Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :
1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?
Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.
Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.
2. Apa matlamat Anda bercinta?
Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?* Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
* Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
* Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
* Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?
Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.
Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.
Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.
3. Mengapa Anda Bercinta?
* Kerana ALLah?
* Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
* Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
* Kerana empunya diri itu sendiri?
* Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.
Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.
4. Apa Modal Untuk Bercinta?
* Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?
Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.
Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.
5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?
* Seminggu?
* Sebulan?
* Tiga, empat tahun?
* Sehingga habis belajar?
* Cinta hingga ke akhirat?
Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..
6. Kos Cinta
* Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
* Masa yang anda korbankan untuk si dia
* Hati dan perasaan
Sikap Matang Dalam Mencari Cinta
Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?). Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.
Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.
Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?
renung2kan dan slamat beramal.... (mcm knal plak tagline nie... huhuhu )

Ahad, 31 Mei 2009

TaRiKH KoNvO!!!!!!!!!!

adoi la... tarikh konvo brubah lg... tambah ari ja.. hmmm.. dulu 10-12 oktber 2009. tapi skang dah jadi 10-13 oktber 2009... adoi, aku bukan pa, takut perubahan sesi untuk trima ijazah t.. aritu aku punya kos cnfirm 11 oktber, tp bila dah btmbah ari camni, takut plak aku kot2 dia jd 12 oktber.. kang burn tket aku... huhu.. camna nie.. sapa yg tau SPsiKS konvo bila (sesi ke brapa)... tolong aku sat... fening2...

Selasa, 26 Mei 2009

KaWaN aTaU LaWaN????

hmm.. aku nak kongsi n mintak pandangan hampa suma yg sudi baca la, yg xsudi aku xpaksa la, tp tolong baca gak... huhuhu... bukan pa, sejak akhir2 dulu, kini dan selamanya, aku rasa kdg2 kawan aku nie, btoi2 kawan ka ataupun lawan aku??? xpun hnya perasaan aku ja.. bukan pa, aku ni kdg2 suka berdebat.. bukan bertikam lidah, tp bila da yg tnya n mintak pndapat, akupun bersuara la.. tp bila aku bersuara skit, org yg tnya ni plak yg over bersuara plak.. adoi.. pakehenya dia tnya aku kalo alik2 dia yg nak meng?? baik xpayah tnya kan?? xla sakit hati n aku plak yg jd emosi... huhu... bukan pa, aku skang dok blajaq cara nak kawal emosi, tp kadg2 rasa tercabar la plak kalo bnda ni blaku. bukan skali dua, tp slalu.. bleh kata tiap2 hari, xpun kalo slalu jumpa, mesti berperang la.. kdg2 kalo aku malas nak layan, aku diam ja.. xpun aku jauhkan dr..
kalo dia mula nak minta pndngn aku, awal2 lg aku dah cabut lari.. malas nak dgr.. bukan aku ni kurang ajaq ka apa, tp aku dah meluat@muak ngn pangai dia.. ada ja topik nak bincang, last2 idea org lain xmau nak trima.. kdg2 tu dah trang tang tang dia salah, tp dia masi buat bodo n lgsung rasa xbesalah.. xpun dia ni memg bodo kot?? hmm.. nah kau.. terkutuk dah aku.. sowi kalo da yg trasa.. bukan pa, aku saja nak luahkan pa yg aku pndam.. kalo nak luah kat dia, t lain plak jdnya.. malas nak lazer2 nie.. kalo hampa la kat tmpat aku, n alami ctuasi n berdepan ngn org2 camni, pa yg hampa buat ek??? tolong aku sat.. fening3.... tq